Hutan Paya

Selain hutan hujan tropika,terdapat juga paya di negara kita.Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis hutan paya di Malaysia,iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar?Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis hutan paya tersebut?Teliti jadual di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedua-dua jenis hutan paya tersebut. Rajah 12.2 dan Rajah12. 3 pula menunjukkan profil kedua-dua hutan tersebut.


Hutan paya air masin
Ciri-ciri Utama

-Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air   pasang dan surut.
-Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

Jenis Tumbuhan
-Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang

Kawasan
-Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
-Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
-Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
-Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

Keluasan
-Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung

Hidupan Air
-Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput

Ciri-ciri Utama

-Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
  Pokok yang tumbuh biasanya tinggi



Jenis Tumbuhan
-Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.


Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:

- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)
   Kawasan
-Sekitar Dataran Johor (Johor)
-Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
-Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)


Keluasan
-Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita

Hidupan Air
-Ikan, udang galah, ular, biawak, katak