Unit 1 ~ Jenis Dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Tumbuh-tumbuh Semula Jadi Dan Hidupan Liar
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini merupakan khazanah negara yang harus keta banggakan.


Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat, dan pokok palma.


Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 species pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 species pohoh-pohoh kayu, 1500 species orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 species paku pakis serta tumbuh-tumbuhan peringkat rendah. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 species mamalia, 730 species serangga.